Sunday, June 28, 2009

Kayu aku mana!!!


Ha...mari...mari...mari, kali ni nak jual alat-alat mencuci rumah pulak. Bukan tu je bang, ia serba boleh tu, yang bestnya kali ni, alat ini serbaguna. Bukan untuk kerja-kerja dirumah sahaja, malahan nak dijadikan ceritanya, budak BOY punya kerja habis pusing keliling kem mencari kayu, macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Nak cari kayu, Nak cari kayu, Nak cari kayu. Marah betol makcik kantin, pakcik CookHouse dan unty clearner. Mana tak nya, ni semua Zalman punya hal, dia suruh Rock cari kayu penyapu, kayu mop dan kayu apa-apa sahaja. Dia kata janji kayu. Si rock ni ye ye la gi cari. Nah kau, rollcall je dah ada lebih sepuluh.

Eh eh...macam kenal je kayu ni, tau-tau je si Albert bahtiar ni, apa lagi hangin bangat dengan rock ni, ni kayu mop lantai aku ni. "tuk"......aaadduuuss...sakitnya. Keje sape lagi. PTI zalman punya kerja la..nah kau, dah kena ketuk kepala. Bukan app/sjn ni sorang yang menjamah kayu persaka ni, semua merasa. Dalam banyak-banyak kayu yang diperolehi dalam simpanan rock ni, ada pulak kayu hutan yang besar bagak. Mak oi rock, ni kena kepala boco rock, apasala ko tak sorokan kayu ni. Kalau tak silap aku orang yang pertaman makan kayu ni si habib la.

Patah sahaja, cepat-cepat diganti baru. sampaila habis semua kayu yang ada. Esok sekmen yang macam biase juga. Sampai bila la nak habiskan. Terselah la...kita jadi orang juga akhirnya. Kerana kayu kita dewasa, kita berdikari dan kita berdisiplin. Kita pandai menghormat orang. Semuanya kita bermula dengan satu. Sama-sama kita, susah juga kita.

Insyallah....ada lagi story yang menarik muncul selepas ini. Kes malam beragam, malam pesta dan malam ular. Semuanya menjadikan kita bersatu dan berkerjasama.

2 comments:

  1. assalamualaikum bro,ada peristiwa berdarah melibatkan kayu mop tu... lkpl tarmizi telah ketuk kepala lepat hingga berdarah..."bai kepala gua berdarah ni bai" ape lg helbert nak rembat lkpl tarmizi ngan skop..menyebabkan afats jd gempar dgn peristiwa berdarah ni.

    ReplyDelete
  2. junior hnya mmpu tgk je.. sbb junior pun dh kene blasah ngan lklp tarmizi tu..

    ReplyDelete

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

Assalamulaikom Braders kelian. Adalah dimaklumkan bahawa hasil daripada 'Corperate brainstorming' pada 17 Apr 2010, beberapa ketetapan dan hala tuju koperasi telah digariskan. Beberapa peluang peniagaan telah dikenal pasti. ALK akan bersidang dan menyenarai pendekkan peluang-peluang tersebut. Oleh yang demikian bagi braders usahawan yang ingin bersama koperasi menjayakan usaha-usaha ini harap dapat memajukan profile syarikat masinh-masing untuk dibuat pertimbangan dan penyelarasan oleh ALK.Sila sertakan bersama pengalaman dan jumlah pekerja yang dimiliki syarikat. Diantara bidang peluang yang disenaraikan.



1. Francais

2. Keselamatan

3. Restoran/Kantin/ Gerai

4. Contractor kelas F

5. Ternakan benih anak ikan

6. Catering/Canopy

7. Travel agent



Sila majukan profile kepejabat Koperasi Unit 68-3 Blok H Paltinum WalkNo 2 Jalan Langkawi Danau Kota53300 KUALA LUMPUR



Jika ada masalah

Hubungi pihak

Pengurusan 019-2742838 dan 03-41421088

Harap maklum

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

Ekoran daripada program pembangunan dan pemodenan pesat yang dialami oleh ATM di sekitar tahun 60-an, keperluan untuk mempunyai tenaga teknikal yang mahir bagi menyenggarakan peralatan dan kelengkapan moden juga semakin meningkat. ATM sedar tentang perlunya mewujudkan suatu program pembangunan sumber manusia yang rapi agar boleh melahirkan tenaga mahir dengan cara yang lebih berkesan dan menjimatkan. Sehubungan dengan itu, Kor JLJ pada awal tahun 1967 telah mencadangkan supaya sebuah Sekolah Latihan Pertukangan Perantis ditubuhkan. Pada 1 April 1968, Kementerian Pertahanan dengan kuasa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah bersetuju untuk menubuhkan Sekolah Pertukangan Perantis bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan anggota tentera yang terlatih dalam bidang teknikal dan akademik yang akan ditugaskan di Cawangan Teknikal TD, TLDM dan TUDM. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT). Memandangkan keperluan latihan dan peralatan SPPAT lebih mirip dengan Kor JLJ, Kementerian Pertahanan juga telah menetapkan agar sekolah ini didirikan di lokasi Sekolah JLJ di Kem SiRusa, Port Dickson. Untuk tujuan pentadbiran, SPPAT dijadikan sebahagian dari organisasi Sekolah JLJ (atas nama Cawangan Putera Perantis dan Latihan Rejimen). SPPAT telah dirasmikan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 Nov 1968. Jumlah pengambilan pertama perantis SPPAT ialah seramai 60 orang dan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 Apr 1971.

Kursus selama 3 tahun ini bagaimanapun hanya diadakan sehingga pengambilan ke-10 sahaja. Mulai pengambilan ke-11 pada bulan April 1978, tempoh latihan telah dipendekan kepada 2 tahun sahaja dan perantis tidak diperlukan mengambil peperiksaan Sijil Pelajarna Malaysia (SPM) seperti sebelumnya. Mereka dikenali sebagai Perantis Kategori A. Sistem ini diteruskan sehingga pengambilan ke 14 pada tahun 1981. Pada tahun 1981, pengambilan pertama perantis putera untuk menjalani latihan selama satu tahun. Mereka dikenali sebagai perantis Kategori B. Walau bagaimanapun pengambilan hanya dibuat dua kali sahaja, iaitu sehingga tahun 1982. Selepas itu, latihan perantis SPPAT telah diubah lagi dan penuntut dibenarkan belajar untuk menduduki peperiksaan SPM semula. Latihan ini dilaksanakan bagi pengambilan ke-15 hingga ke-21. Pada awal tahun 1982, SPPAT telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Jalan Port Dickson-Pasir Panjang. Pengambilan Perantis Putera untuk ketiga-tiga perkhidmatan ini diteruskan sehingga tahun 1986. Pada tahun 1987, TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil perantis dari sekolah ini kerana kedua-dua perkhidmatan ini telah menubuhkan Institut Teknikal mereka sendiri. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan telah mengkaji semula kedudukan SPPAT dan akhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima yang ke-250 telah membuat keputusan SPPAT ditukar menjadi Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD). Pada 12 Ogos 1988, sekolah ini dengan rasminya dikenali dengan nama SPPTD dan hanya melatih perantis untuk pasukan teknikal bagi TD amnya dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera khasnya.

LOKASI

Pada bulan Ogos 1992, SPPTD telah dipindahkan semula ke lokasi asalnya iaitu berdekatan dengan Instiut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), nama asalnya Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (SJLJ) di Kem Si Rusa. Ia terletak lebih kurang 500 meter dari simpang jalan besar kilometer 6 (Batu 4) Port Dickson ke Teluk Kemang. Pada tahun ini juga, latihan akademik bagi SPPTD telah dilaksanakan melalui dua kaedah. Sebahagian dari perantis pengambilan ke-25 telah mengambil skim pelajaran SPM dan sebahagian lagi mengambil skim pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Bermula pada tahun 1994, skim SPM telah dimansuhkan sepenuhnya di SPPTD dan semua perantis hanya mengambil peperiksaan SPMV sama ada dalam bidang Automotif, Fabrikasi Logam atau Pengamalan Mesin. Sehingga kini, SPPTD telah melahirkan seramai 1931 orang tenaga mahir dalam pelbagai bidang ketukangan bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

PIAGAM SPPTD

Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) ditubuhkan di bawah Kuasa Majlis Angkatan Tentera dengan tujuan memberi peluang kepada pemuda-pemuda Malaysia menjalani kursus selama 2 tahun dalam latihan ketenteraan, teknikal dan akademik supaya mereka layak berkhidmat dalam perkhidmatan teknikal Tentera Darat.

MOTTO

“BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT” Motto ini membawa tujuan mewujudkan bakal tentera yang terampil di bidang akademik, ketenteraan, teknikal dan sedia berkhidmat di dalam pasukan teknikal Tentera Darat.