Monday, October 4, 2010

Skot Kawin




Assalammuaikom wtb kepada semua Budak AFATS intake 34 dan all AFATS boy dijemput untuk kita sama-sama memeriahkan Majlis Skot kita ini di N9. Kedatangan Tuan amat dihargai.

Friday, May 21, 2010

Majlis Perkahwinan Amri @ Maran



Assalammualaikom w.t.b kepada semua skot yang membaca dan sering melihat blog ini. Semoga korang semua sukses selalu ye...

Skot kita kali ini nak kawin, jadi untuk orang-orang yang tinggal di kawasan Pahang tu, korang jangan tak datang ye... Mari la kita sama-sama memeriahkan Majlis mempelai dua sejoli ini.

Sama-sama kita dokan semoga majlis walimatuurus ini bejalan lancar dan dirahmati Allah, semoga pegantin kekal keanak cucu, insyaAllah.

Tolong bagitau kepada skot-skot yang lain ya...

Wasalam

Wednesday, May 12, 2010

AL-FATIHAH


DIMAKLUMKAN BAHAWA BAPA KEPADA 537981 KPL SYAMSUL FAKRI BIN YA RAHIM (ATOY ALPHA) TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 29 APR 2010 KERANA SAKIT TUA. SUMBANGAN PERIBADI BOLEH DISALURKAN KEPADA BELIAU DI 44 WKSP ARTI@21 RAD GEMAS. ALFATIHAH.

Monday, May 10, 2010

Selamat Ulang Tahun AFATS ke-7 TAHUN

Assalammualaikom w.t.b. dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca bloger xafats34@blogspot.com. Sememangnya blog ini telah ujud sejak 3thn yang lepas. Memandangkan inti pati blog kurang bahan ceritanya dan kurang galakan daripada pembaca-pembaca sekalian. Ia terpaksa di tutup sepanjang hampir 10 bulan. Dalam proses gali semula sumber inti pati blog, pihak terlibat sebulat suara untuk mengujudkan semula blog AFATS 34 dengan web yang baru seperti sedia kala. Semoga pembaca blog ini dapat berkongsi sumber inspirasi bersama untuk kenangan silap. Bagi penghantaran gambar dan sebarang artikel juga diterima. Mohaon agar kenangan ini disemadikan bersama untuk selamanya.
Selamat Hari Ulang Tahun Afatas intake 34 ke-7 thn. Semoga kita lebih matang dan dewasa dalam menjalani kehidupan seorang hamba Allah di muka bumi ini dan berjaya di dunia serta di akhirat.

Sunday, May 9, 2010

Hanifah Azman di LUBNANA

Semoga menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan lebih gigih lagi. Balik Lubnan boleh open table untuk kawan-kawan.

Sesiapa yang rindu pada piah, boleh ke FB beliau add sahaja di email ini : hanif_anep85@yahoo

Majlis Perkhawinan Ismail @ Mail (Chemo)

Di jemput semua wakga AFATS untuk hadir ke Majlis Walimatu urus Saudara kita. Yang dekat kita rapatkan yang jauh kita eratkan.

Monday, April 19, 2010

Azman @ man gigi at Brazil


Assalammualaikom w.t.b. kepada semua pembaca dan pelayar blog AFATS intake 34. Kali ini ada cerita terkini tentang skot kita yang di hantar oleh ATM untuk berusaha demi meningkatkan kerjaya beliau di luar negara iaitu Brazil dalam bidang Mekanikal Kenderaan ASTROS. Sudah hampir 3 minggu beliau di sana. Semoga segala urusan dan pentadbiran yang mereka lalui di harungi dengan penuh cekal. Ilmu yang ditimba boleh di manfaatkan bersama apabila pulang ke tanah air nanti.
Sahabat juga boleh layari Facebook azman dengan id azrian_7786@yahoo.com atau terus YM dengan id yang sama.

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

Assalamulaikom Braders kelian. Adalah dimaklumkan bahawa hasil daripada 'Corperate brainstorming' pada 17 Apr 2010, beberapa ketetapan dan hala tuju koperasi telah digariskan. Beberapa peluang peniagaan telah dikenal pasti. ALK akan bersidang dan menyenarai pendekkan peluang-peluang tersebut. Oleh yang demikian bagi braders usahawan yang ingin bersama koperasi menjayakan usaha-usaha ini harap dapat memajukan profile syarikat masinh-masing untuk dibuat pertimbangan dan penyelarasan oleh ALK.Sila sertakan bersama pengalaman dan jumlah pekerja yang dimiliki syarikat. Diantara bidang peluang yang disenaraikan.



1. Francais

2. Keselamatan

3. Restoran/Kantin/ Gerai

4. Contractor kelas F

5. Ternakan benih anak ikan

6. Catering/Canopy

7. Travel agent



Sila majukan profile kepejabat Koperasi Unit 68-3 Blok H Paltinum WalkNo 2 Jalan Langkawi Danau Kota53300 KUALA LUMPUR



Jika ada masalah

Hubungi pihak

Pengurusan 019-2742838 dan 03-41421088

Harap maklum

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

Ekoran daripada program pembangunan dan pemodenan pesat yang dialami oleh ATM di sekitar tahun 60-an, keperluan untuk mempunyai tenaga teknikal yang mahir bagi menyenggarakan peralatan dan kelengkapan moden juga semakin meningkat. ATM sedar tentang perlunya mewujudkan suatu program pembangunan sumber manusia yang rapi agar boleh melahirkan tenaga mahir dengan cara yang lebih berkesan dan menjimatkan. Sehubungan dengan itu, Kor JLJ pada awal tahun 1967 telah mencadangkan supaya sebuah Sekolah Latihan Pertukangan Perantis ditubuhkan. Pada 1 April 1968, Kementerian Pertahanan dengan kuasa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah bersetuju untuk menubuhkan Sekolah Pertukangan Perantis bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan anggota tentera yang terlatih dalam bidang teknikal dan akademik yang akan ditugaskan di Cawangan Teknikal TD, TLDM dan TUDM. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT). Memandangkan keperluan latihan dan peralatan SPPAT lebih mirip dengan Kor JLJ, Kementerian Pertahanan juga telah menetapkan agar sekolah ini didirikan di lokasi Sekolah JLJ di Kem SiRusa, Port Dickson. Untuk tujuan pentadbiran, SPPAT dijadikan sebahagian dari organisasi Sekolah JLJ (atas nama Cawangan Putera Perantis dan Latihan Rejimen). SPPAT telah dirasmikan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 Nov 1968. Jumlah pengambilan pertama perantis SPPAT ialah seramai 60 orang dan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 Apr 1971.

Kursus selama 3 tahun ini bagaimanapun hanya diadakan sehingga pengambilan ke-10 sahaja. Mulai pengambilan ke-11 pada bulan April 1978, tempoh latihan telah dipendekan kepada 2 tahun sahaja dan perantis tidak diperlukan mengambil peperiksaan Sijil Pelajarna Malaysia (SPM) seperti sebelumnya. Mereka dikenali sebagai Perantis Kategori A. Sistem ini diteruskan sehingga pengambilan ke 14 pada tahun 1981. Pada tahun 1981, pengambilan pertama perantis putera untuk menjalani latihan selama satu tahun. Mereka dikenali sebagai perantis Kategori B. Walau bagaimanapun pengambilan hanya dibuat dua kali sahaja, iaitu sehingga tahun 1982. Selepas itu, latihan perantis SPPAT telah diubah lagi dan penuntut dibenarkan belajar untuk menduduki peperiksaan SPM semula. Latihan ini dilaksanakan bagi pengambilan ke-15 hingga ke-21. Pada awal tahun 1982, SPPAT telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Jalan Port Dickson-Pasir Panjang. Pengambilan Perantis Putera untuk ketiga-tiga perkhidmatan ini diteruskan sehingga tahun 1986. Pada tahun 1987, TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil perantis dari sekolah ini kerana kedua-dua perkhidmatan ini telah menubuhkan Institut Teknikal mereka sendiri. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan telah mengkaji semula kedudukan SPPAT dan akhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima yang ke-250 telah membuat keputusan SPPAT ditukar menjadi Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD). Pada 12 Ogos 1988, sekolah ini dengan rasminya dikenali dengan nama SPPTD dan hanya melatih perantis untuk pasukan teknikal bagi TD amnya dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera khasnya.

LOKASI

Pada bulan Ogos 1992, SPPTD telah dipindahkan semula ke lokasi asalnya iaitu berdekatan dengan Instiut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), nama asalnya Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (SJLJ) di Kem Si Rusa. Ia terletak lebih kurang 500 meter dari simpang jalan besar kilometer 6 (Batu 4) Port Dickson ke Teluk Kemang. Pada tahun ini juga, latihan akademik bagi SPPTD telah dilaksanakan melalui dua kaedah. Sebahagian dari perantis pengambilan ke-25 telah mengambil skim pelajaran SPM dan sebahagian lagi mengambil skim pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Bermula pada tahun 1994, skim SPM telah dimansuhkan sepenuhnya di SPPTD dan semua perantis hanya mengambil peperiksaan SPMV sama ada dalam bidang Automotif, Fabrikasi Logam atau Pengamalan Mesin. Sehingga kini, SPPTD telah melahirkan seramai 1931 orang tenaga mahir dalam pelbagai bidang ketukangan bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

PIAGAM SPPTD

Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) ditubuhkan di bawah Kuasa Majlis Angkatan Tentera dengan tujuan memberi peluang kepada pemuda-pemuda Malaysia menjalani kursus selama 2 tahun dalam latihan ketenteraan, teknikal dan akademik supaya mereka layak berkhidmat dalam perkhidmatan teknikal Tentera Darat.

MOTTO

“BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT” Motto ini membawa tujuan mewujudkan bakal tentera yang terampil di bidang akademik, ketenteraan, teknikal dan sedia berkhidmat di dalam pasukan teknikal Tentera Darat.