Sunday, June 28, 2009

Kayu aku mana!!!


Ha...mari...mari...mari, kali ni nak jual alat-alat mencuci rumah pulak. Bukan tu je bang, ia serba boleh tu, yang bestnya kali ni, alat ini serbaguna. Bukan untuk kerja-kerja dirumah sahaja, malahan nak dijadikan ceritanya, budak BOY punya kerja habis pusing keliling kem mencari kayu, macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Nak cari kayu, Nak cari kayu, Nak cari kayu. Marah betol makcik kantin, pakcik CookHouse dan unty clearner. Mana tak nya, ni semua Zalman punya hal, dia suruh Rock cari kayu penyapu, kayu mop dan kayu apa-apa sahaja. Dia kata janji kayu. Si rock ni ye ye la gi cari. Nah kau, rollcall je dah ada lebih sepuluh.

Eh eh...macam kenal je kayu ni, tau-tau je si Albert bahtiar ni, apa lagi hangin bangat dengan rock ni, ni kayu mop lantai aku ni. "tuk"......aaadduuuss...sakitnya. Keje sape lagi. PTI zalman punya kerja la..nah kau, dah kena ketuk kepala. Bukan app/sjn ni sorang yang menjamah kayu persaka ni, semua merasa. Dalam banyak-banyak kayu yang diperolehi dalam simpanan rock ni, ada pulak kayu hutan yang besar bagak. Mak oi rock, ni kena kepala boco rock, apasala ko tak sorokan kayu ni. Kalau tak silap aku orang yang pertaman makan kayu ni si habib la.

Patah sahaja, cepat-cepat diganti baru. sampaila habis semua kayu yang ada. Esok sekmen yang macam biase juga. Sampai bila la nak habiskan. Terselah la...kita jadi orang juga akhirnya. Kerana kayu kita dewasa, kita berdikari dan kita berdisiplin. Kita pandai menghormat orang. Semuanya kita bermula dengan satu. Sama-sama kita, susah juga kita.

Insyallah....ada lagi story yang menarik muncul selepas ini. Kes malam beragam, malam pesta dan malam ular. Semuanya menjadikan kita bersatu dan berkerjasama.

Friday, June 26, 2009

Mengimbau Sejarah 40 tahun Sekolah Perantis Tentera




Majalah Perajurit, Julai 2009

Bagi remaja untuk menyarung uniform tentera ketika berusia 16 tahun dan masih di zaman persekolahan adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh semua bekas perantis putera yang mendapat didikan di Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT).

Bagi perantis yang baru didedahkan dengan persekitaran dunia tentera yang asing apatah lagi pada usia muda merupakan satu kejutan budaya apatah lagi dengan persekitaran yang dogmatik dengan disiplin yang ketat merupakan satu cabaran baru kehidupan.

Sebagai pelajar yang perlu meningkatkan keupayaan akademik dan pada masa yang sama terperesok di kawasan yang berpagar dan dikondisikan dengan persekitaran dan kurikulum tentera, hidup sebagai perantis tentera adalah satu pengalaman yang berbaur antara suka dan duka, pahit dan manis yang perlu ditempuh dengan tabah.

Latihan ketenteraan selama dua minggu pertama di sekolah adalah bagi mendispilinkan diri dengan pelajaran kawad yang dikendalikan oleh jurulatih tentera yang bersikap tegas dan cara mereka melatih perantis putera adalah sama sebagaimana institusi ketenteraan lain melaksanakan latihan kepada anggota tentera biasa tanpa double standard.

Sebagaimana anggota tentera biasa menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut ataupun pegawai kadet begitulah layanan yang diberikan kepada perantis putera, pendek kata jerkah dan herdik jurulatih tentera adalah asam dan garam yang mula dipelajari perantis tentera sebaik diterima sebagai perantis tentera yang mereka perlu membiasakan diri dengannya.

Itulah mukadimah kepada dunia tentera yang sinonim dengan disiplin dan menghormati masa dan setiap gerak kerja dan susun jadual pengajian disusun begitu ketat agar perantis membiasakan diri dengan prioriti dalam dunia tentera yang akhirnya mereka akan ceburi setelah meningalkan sekolah itu nanti.


Sekolah yang juga dikenali sebagai Armed Forces Apprentice Trade School (AFATS) yang tertubuh pada 1 April 1968 adalah cetusan minda Allahyarham Tun Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu.

Kini setelah lebih 40 tahun berlalu lepasan sekolah yang telah mengalami perubahan daripada segi struktur dan wawasan sekolah telah menyaksikan pelbagai perkembangan dan natijah yang dilahirkan oleh sekolah berkenaan.

Semasa sekolah perantis mula dibuka, ia adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda belasan tahun untuk menjalani latihan akademik, teknikal dan ketenteraan bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan teknikal Angkatan Tentera Malaysia.

Tawaran diberikan untuk belajar di SPPAT diberikan melalui surat edaran ke seluruh sekolah di Malaysia bagi mereka yang baru sahaja mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) pada masa itu yang baru memasuki Tingakatan 4.

Calon akan dipanggil untuk ditemuduga di lokasi sekolah iaitu di Kem SiRusa Port Dickson bagi menjalani ujian akademik, fizikal dan pemeriksaan kesihatan dan hanya calon-calon yang berjaya yang akan dipanggil untuk meneruskan pelajaran di SPPAT.

Mereka yang lulus diterima masuk ke SPPAT untuk menjalani kursus pengajian selama 3 tahun yang menekankan pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun pertama kerana pada masa itu bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah itu adalah Bahasa Inggeris.

Lokasi asal semasa penubuhan SPPAT adalah bersebelahan dengan Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) di Kem SiRusa Port Dickson dan pentadbirannya adalah di bawah kelolaan Sekolah JLJ.

Pengambilan pertama terdiri daripada 60 orang perantis pada tahun 1968 dan mereka berjaya menamatkan kursus selama 3 tahun pada 3 April 1971 dan latihan selama 3 tahun berlangsung sehingga perantis pengambilan ke-10 sahaja.

Mulai pengambilan ke -11 perantis hanya mengikuti kursus selama 2 tahun sahaja namun kurikulum yang dilaksanakan adalah seperti apa yang dilaksanakan untuk perantis yang mengambil Kursus selama 3 tahun.

Pada awal tahun 1982 sekolah telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10 Port Dickson kerana jumlah pengambilan perantis telah ditambah dan bagi menampung pertambahan bilangan peserta kursus, satu lokasi baru diperlukan untuk memenuhi tujuan berkenaan.

Pada tahun 1987 pihak TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil anggota SPPAT sebagai juruteknik kerana kedua-dua perkhidmatan telah menubuhkan institut teknikal mereka sendiri.

Justeru itu pada 12 Ogos 1988 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) dan melatih perantis untuk Tentera Darat sahaja khususnya Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

Pada tahun 1994, SPPTD telah berpindah ke tempat asalnya di Kem SiRusa dan berada di bawah pentdbiran dan pengurusan Institut Kejuruteraan Tetera Darat (IJED).

Bermula tahun 1968 sehingga 1997 anggota perantis telah mengambil peperiksaan Malaysian Certificte of Eductaion dan kemudiannya Sijil Pelajaran Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1978 hingga tahun 1981 atas keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Ketua Turus Angkatan Tentera, ia telah tidak membenarkan anggota perantis menduduki peperiksaan SPM.

Namun ramai perantis yang dengan inisiatif sendiri telah mengambil peperiksaan SPM secara persendirian dan pada tahun 1982 anggota perantis telah dibenarkan semula untuk menduduki peperiksaan SPM.

Sehingga tahun 1992 latihan sepenuhnya bagi pelajar SPPTD adalah dibahagikan kepada Peringkat Pertama (20 bulan) – Perantis dilengkapkan dengan persediaan SPM/SPMV dan Peringkat Kedua (4 bulan) – Perantis dilatih dalam bidang ketenteraan asas merangkumi silibus rekrut.

Mulai tahun 1992 latihan bagi perantis SPPTD telah dilaksanakan secara integrasi iaitu perantis perlu menduduki peperisksaan SPM dan pada masa yang sama, perantis juga mengikuti kurikulum latihan ketukangan JLJ dalam dalam tred Auromotif, Elektronik dan Mekanikal.

Perantis yang menamatkan sesi akdemik dan ketenteraan akan memilik kelulusan sijil SPM, keterampilan dalam Sijil Kemahiran Tentera Malaysia setaraf dengan tred dalam Kor JLJD danmenjaditentera yang terlatih.

Bermula pertengahan 2003, IJED telah mengadakan program Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan hanya perantis yang mendapat sekurang-kurang 5 kredit dalam SPM yang layak mengikuti program tersebut.

Di samping itu para perantis juga berpeluang untuk megikuti Kursus Kejuruteraan Avionik dan Kejuruteraan Aeronautikal di Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan seteusnya berkhidmat sebagai juruteknik pesawat.

Pada 14 Julai 2001, MenteriPertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan SPPTD dan MTD sebagai salah sebuah Sekolah Bestari di bawah Kementerian Pertahanan sebagai pelengkap kepada aplikasi perdana Sekolah Bestari di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep yang dilaksanakan adalah mirip kepada Sekolah Bestari Perdana kecuali ia lebih condong dan memberi tumpuan kepada subjek teknikal serta sains dan teknologi dan ia merupakan projek yang dilaksanakan dengan kerjasama British Aerospace Engineering (BAE) dari United Kingdom.

Bermula pada 2009,SPPTD telah mengaplikasikan program pembelajaran Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) dan SPPTD telah menjadi sekolah peneraju dalam mengaplikasikan MPAV sepenuhnya.

Produk terbaru terserlah dengan satu perbarisan sempena tamat latihan perantis siri 40/2007 telah berlangsung di Institut Kejuruteraan Tentera Darat Kem Kampung Sawah Port Dickson pada 18 April 2009 sebagai menandakan usia SPPTD yang kini melebihi 40 tahun.

Panglima Logistik Tentera Darat,Mejar Jeneral Dato’ IR Mohd Salim bin Ali telah mengambil tabik hormat dan memriksa perbiarisan yang terdiri 250 perantis dan menyampaikan amanatnya agar mereka meneruskan usaha untuk meningkatkan ketrampilan mereka di dalam perkhidmatan tentera.

Dalam upacara tersebut Apprentis Sarjan Kanan Mohd Hud bin Mohd Yusuf telah dipilih sebagai Perantis Keseluruhan Terbaik untuk perantis siri 40/2007, manakala Apprentis Ambren bin Padil dipilih sebabagi Perantis Akademik terbaik dan Apprentis Mohamad Amirul bin Ikhsan dipilih sebagai Perantis Ketukangan Terbaik.

Dalam bidang latihan ketenteraan Apprentis Sarjan Mohamad Radzi bin Masuhudi terlipih sebagai Perantis Kawad Terbaik, Apprentis Sarjan Hamzah bin Mohamad terpilih sebagai Perantis Penembak Terbaik manakala Perantis Kecerdasan Jasmani Terbaik jatuh kepada Apprentis Mohd Safuan bin Muhammad Nayan.

Setelah 40 tahun berlalu, perantis yang pada mulanya dilahirkan oleh SPPAT dan kemudiannya SPPTD telah menunjukkan ketrampilan masing-masing dan generasi awal perantis telah mencapai peringkat hingga ke pangkat jeneral di dalam Tentera Darat dan Tentera Laut.

Ramai yang telah menamatkan perkhdimatan di dalam tentera dan sebahagian besar terlibat di dalam bidang perniagaan dan masing-masing berbangga kerana menjadi bekas perantis yang pernah dididik oleh tentera.

Kini bekas perantis mempunyai persatuannya sendiri yang dikenali dengan nama Persatuan Bekas Perantis Putera SPOPAT/SPPTD yang diketuai oleh Dato Hj Kamarudin Janis sebagai presidennya dan di bantu oleh Kol Hj Radzi Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.

Menurut Mej Zulkifli Malek (Bersara) yang merupakan setiausaha persatuan, tujuan penubuhan persatuan adalah untuk menyatukan bekas perantis baik yang telah bersara atau masih berkhidmat dengan tentera bagi mengeratkan silaturrahim di antara bekas perantis di seluruh negara.

“AFATS adalah wadah untuk mentarbiyah,melahirkan sahsiyah yang jitu dan ia adalah batu loncatan untuk kejayaan perantis meneroka masa depan mereka,’ kata Mejar Zulkifli.

Pengalaman selama 3 tahun yang digarap di intitusi tentera pada ketika usia remaja cukup bermakna dan suntikan semangat juang di sekolah yang mengadunkan pendidikan akademik dan ketenteraan yang merangkumi fizikal dan sipirtual adalah persiapan yang cukup untuk menghadapi dunia tentera.

Bagi bekas juruterbang jet pejuang F5E TUDM Mokhyiddin Abu Bakar perantis panggilan ke-2 yang berpangkat Lt Kol TUDM semasa berhijrah menjadi juruterbang MAS di Miri, pengalaman dan pendidikan yang diterima di SPPAT adalah amat berkesan untuk melahirkan sahsiyah yang versatil.

Capt Mokhyiddin yang kini menjadi jurulatih penerbangan di sebuah sekolah penerbangan awam di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa diKota Bharu tetap menyanjung SPPAT yang telah melahirkan insan yang berguna kepada diri dan negara.
Hj Sahaludin Osman bekas pegawai TLDM daripada perantis panggilan pertama 1969 yang kini menjalankan perniagaan di Pan Pacific KLIA menyatakan kebangaannya menjaid bekas perantis SPPAT yang kini berusia lebih 40 tahun sebagai premis pertama untuk mengharungi kehidupan dalam tentera.

SPPAT dan kemudiannya SPPTD telah melakarkan sejarah dalam bidang sukan ragbi baik di peringkat daerah Port Dickosn mahupun di peringkat Angkatan Tentera dan ini diakui oleh bekas jurulatih ragbi JLJ Dato Hj Kamaludin Saidon.

Perantis bukan sahaja menunjukkan keterampilan mereka di dalam bilik darjah dan medan latihan ketenteraan tetapi juga dibidang sukan dan ia terus menjadi trade mark SPPAT/SPPTD sehingga hari ini.

Setelah 40 tahun berlalu, dengan pencapaian dan jumlah produk perantis yang dilahirkan baik yang masih berkhidmat dengan tentera atau yang sedang menjalani kehidupan awam, tentera seharusnya akur dan mengakui bahawa hasil didik mereka sebenarnya telah berjaya membina manusia yang bergelar insan.

Sama ada bekas perantis itu memakai uniform atau berpakain awam, mereka adalah testimoni unggul sistem yang pernah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abd Razak pada 1968, dan legasi ini perlu dipertahankan.


Dari Tulisan Senior Kita:
Ramli Abdul Rahim
Formerly the RMAF Press Liaison Officer in MINDEF. He owns a company and runs communication consultancy. E-mail: sebatangkarah@gmail.com

at Link:
http://rarwrites.blogspot.com

Thursday, June 18, 2009

Magnolia

SUSU...SUSU...SUSU...bukan baby atau budak kecil je yang minum susu. Budak boy pun ada susu sendiri la. Susu yang berkhasiat menjadikan kita kuat dan sihat. Kalau tak, tak de la atlit rugby keluaran 53 yang handal dan hebat. Trade yang wajib minum susu tiap-tiap hari ialah welder dan ABM. Bisa la dengan beban amali yang kena ikut tiap-tiap hari, ada sampai malam pun jalan. Bila cerita tentang produk istimewa ini, mesti ada yang tersenyum sendiri sambil terfikir sejenak kembali kenangan lampau. Biakan cerita citra ini kita kongsi bila kita ada buat gathering nanti. Rasa tak puas bila tak dapat cerita dari kalian yang lain. Kita kongsi bersama nanti ye.

Thursday, June 11, 2009

Principal


Salam semua...masih kenal ini.......dia yang menjaga kita......siap dia?

Wednesday, June 10, 2009

Yang Mana Satu


Teringat kembali bila lihat gambar ini, seronok bila terimbau kenangan diwaktu ini. Muda-muda lagi kena layak, kena 'rembah nya-ya' oh ye...ni ayat jijun dan macam-macam lagi la. Semua belakon la buat habis baik, padahal dah nak separuh mati bila dgr kena traning remuh halangan. Standet la sape yang pandai,dapat la lepaskan diri, tp dapat tau kat PTI Zalman. Mati la ko.....sampai kering air liur app/sjn nak menjawab.
Kali ni best sikit, nak cerita tentang halangan ini. Maca traning kena la yang mantop, sampai ada yang amik link 3 tu....coz nak cepatkan, nak tunggu skot lepas halangan 2....sampai kapan mau lepas bro. Nak panjat link 1, ha....ko try la...mahmudah ada kat tepi tu...
'nah,amik ko...' biase la...kena ketuk helmet nato ko dgn kalu brodty.
Monky rax lagi best, ha alah...biase la...kita org kecik lagi. Mana la tau benda ni semua....x lepas bawah, korang naik atas, x lepas atas ko masuk kolam. Nasib la x de gamabr. Nanti kawan try cari ok. Yang kat tali swing pun best juga.........
Sory la pada kawan yang terlepas peluang utk sekmen ini, nanti post story lain. Nak cerita tragedi di kuku kambing. Tapi takut salah dan menyalahkan pihak lain. Faham-faham je ye...

Monday, June 1, 2009

Merah Kita Bersatu



Sewaktu bangku persekolah ibu la yang selalu menyiapkan pakai minum dan segalanya untuk kita. Mula langkah mu di alam ini, segalanya berakhir, mula la perjalanan hidup baru dengan kawan-kawan baru. Semuanya baru, pakaian baju melayu berwarna merah melambangkan sehati sejiwa kita selamanya. Waktu itu masjid la tempat bermusyawarah dan berilmu dalam agama bersama-sama. Susah senang baju merah menjadi sejarah. Berbaris betiga-tiga menuju masjid meguatkan ikatan ukhuwah kita selamanya. Sahabat datang dan pergi, tetapi kenangan ini tetap memberikan seribu erti kami saudara muslim. Baju melayu melambangkan kita datang dari 1 agama yang sama. Songkok dikepala menambahkan kekuatan sesama muslim. Solat menghambarkan diri padaNYA...

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

Assalamulaikom Braders kelian. Adalah dimaklumkan bahawa hasil daripada 'Corperate brainstorming' pada 17 Apr 2010, beberapa ketetapan dan hala tuju koperasi telah digariskan. Beberapa peluang peniagaan telah dikenal pasti. ALK akan bersidang dan menyenarai pendekkan peluang-peluang tersebut. Oleh yang demikian bagi braders usahawan yang ingin bersama koperasi menjayakan usaha-usaha ini harap dapat memajukan profile syarikat masinh-masing untuk dibuat pertimbangan dan penyelarasan oleh ALK.Sila sertakan bersama pengalaman dan jumlah pekerja yang dimiliki syarikat. Diantara bidang peluang yang disenaraikan.



1. Francais

2. Keselamatan

3. Restoran/Kantin/ Gerai

4. Contractor kelas F

5. Ternakan benih anak ikan

6. Catering/Canopy

7. Travel agent



Sila majukan profile kepejabat Koperasi Unit 68-3 Blok H Paltinum WalkNo 2 Jalan Langkawi Danau Kota53300 KUALA LUMPUR



Jika ada masalah

Hubungi pihak

Pengurusan 019-2742838 dan 03-41421088

Harap maklum

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

Ekoran daripada program pembangunan dan pemodenan pesat yang dialami oleh ATM di sekitar tahun 60-an, keperluan untuk mempunyai tenaga teknikal yang mahir bagi menyenggarakan peralatan dan kelengkapan moden juga semakin meningkat. ATM sedar tentang perlunya mewujudkan suatu program pembangunan sumber manusia yang rapi agar boleh melahirkan tenaga mahir dengan cara yang lebih berkesan dan menjimatkan. Sehubungan dengan itu, Kor JLJ pada awal tahun 1967 telah mencadangkan supaya sebuah Sekolah Latihan Pertukangan Perantis ditubuhkan. Pada 1 April 1968, Kementerian Pertahanan dengan kuasa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah bersetuju untuk menubuhkan Sekolah Pertukangan Perantis bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan anggota tentera yang terlatih dalam bidang teknikal dan akademik yang akan ditugaskan di Cawangan Teknikal TD, TLDM dan TUDM. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT). Memandangkan keperluan latihan dan peralatan SPPAT lebih mirip dengan Kor JLJ, Kementerian Pertahanan juga telah menetapkan agar sekolah ini didirikan di lokasi Sekolah JLJ di Kem SiRusa, Port Dickson. Untuk tujuan pentadbiran, SPPAT dijadikan sebahagian dari organisasi Sekolah JLJ (atas nama Cawangan Putera Perantis dan Latihan Rejimen). SPPAT telah dirasmikan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 Nov 1968. Jumlah pengambilan pertama perantis SPPAT ialah seramai 60 orang dan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 Apr 1971.

Kursus selama 3 tahun ini bagaimanapun hanya diadakan sehingga pengambilan ke-10 sahaja. Mulai pengambilan ke-11 pada bulan April 1978, tempoh latihan telah dipendekan kepada 2 tahun sahaja dan perantis tidak diperlukan mengambil peperiksaan Sijil Pelajarna Malaysia (SPM) seperti sebelumnya. Mereka dikenali sebagai Perantis Kategori A. Sistem ini diteruskan sehingga pengambilan ke 14 pada tahun 1981. Pada tahun 1981, pengambilan pertama perantis putera untuk menjalani latihan selama satu tahun. Mereka dikenali sebagai perantis Kategori B. Walau bagaimanapun pengambilan hanya dibuat dua kali sahaja, iaitu sehingga tahun 1982. Selepas itu, latihan perantis SPPAT telah diubah lagi dan penuntut dibenarkan belajar untuk menduduki peperiksaan SPM semula. Latihan ini dilaksanakan bagi pengambilan ke-15 hingga ke-21. Pada awal tahun 1982, SPPAT telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Jalan Port Dickson-Pasir Panjang. Pengambilan Perantis Putera untuk ketiga-tiga perkhidmatan ini diteruskan sehingga tahun 1986. Pada tahun 1987, TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil perantis dari sekolah ini kerana kedua-dua perkhidmatan ini telah menubuhkan Institut Teknikal mereka sendiri. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan telah mengkaji semula kedudukan SPPAT dan akhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima yang ke-250 telah membuat keputusan SPPAT ditukar menjadi Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD). Pada 12 Ogos 1988, sekolah ini dengan rasminya dikenali dengan nama SPPTD dan hanya melatih perantis untuk pasukan teknikal bagi TD amnya dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera khasnya.

LOKASI

Pada bulan Ogos 1992, SPPTD telah dipindahkan semula ke lokasi asalnya iaitu berdekatan dengan Instiut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), nama asalnya Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (SJLJ) di Kem Si Rusa. Ia terletak lebih kurang 500 meter dari simpang jalan besar kilometer 6 (Batu 4) Port Dickson ke Teluk Kemang. Pada tahun ini juga, latihan akademik bagi SPPTD telah dilaksanakan melalui dua kaedah. Sebahagian dari perantis pengambilan ke-25 telah mengambil skim pelajaran SPM dan sebahagian lagi mengambil skim pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Bermula pada tahun 1994, skim SPM telah dimansuhkan sepenuhnya di SPPTD dan semua perantis hanya mengambil peperiksaan SPMV sama ada dalam bidang Automotif, Fabrikasi Logam atau Pengamalan Mesin. Sehingga kini, SPPTD telah melahirkan seramai 1931 orang tenaga mahir dalam pelbagai bidang ketukangan bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

PIAGAM SPPTD

Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) ditubuhkan di bawah Kuasa Majlis Angkatan Tentera dengan tujuan memberi peluang kepada pemuda-pemuda Malaysia menjalani kursus selama 2 tahun dalam latihan ketenteraan, teknikal dan akademik supaya mereka layak berkhidmat dalam perkhidmatan teknikal Tentera Darat.

MOTTO

“BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT” Motto ini membawa tujuan mewujudkan bakal tentera yang terampil di bidang akademik, ketenteraan, teknikal dan sedia berkhidmat di dalam pasukan teknikal Tentera Darat.