Thursday, December 10, 2009

Mail

Kami semua mendoakan semoga skot kita ini selamat pulang ketanah air dengan selamat setelah melaksanakan tugas di perbatasan.

Mega Reunion X-AFATS

---- SATU LAGI SESI PERJUMPAAN X-AFATS AKAN DIADAKAN ----

Tarikh : 12 Dis 2009.
Tempat : Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
Kehadiran : Semua X-AFATS bersama keluarga.

Aturcara :

12 Dis 09

1500 - Berkumpul
1600 - Sesi Dialog (untuk brader)
Riadah di The Carnival Cinta Sayang (keluarga)
1730 - Minum Petang
1900 - Solat Maghrib (berjemaah)
2030 - Majlis Makan Malam bersama keluarga

13 Dis 09

0730 - Golf (Teeoff) - untuk golfer.
0830 - Riadah bersama keluarga - Tanjung Dawai.
1300 - Bersurai.

Nota :

Golf dan Penginapan adalah tanggungan sendiri

Pihak penganjur boleh membantu untuk membuat tempahan penginapan sekiranya memerlukan.

Mohon kehadiran dari semua yg berminat.

Contoh:

1. 53xxxx Nama penuh 1 + 1 + 2

emailkan kepada Brader Mazelan Subran di
elandaeng@yahoo. com

Terima kasih ...
Saya yg berusaha menyampaikan ...

Pendaftaran Ahli BRADER






Bagaimanakah caranya untuk kita mendaftar sebagai ahli Brader x AFATS
dan juga menjadi Ahli Koperasi x AFATS ???

Senang saja Skot....
Berhubung terus dengan Brader Mazelan Subran melalui e-mailnya
elandaeng@yahoo.com dan seterusnya daftar nama di dalam
brader@yahoogroups.com

Thursday, October 15, 2009

Malau dan ude


Salam semua pembaca blog ini, kali ini dengan gambaran terkini, udah penat dengan cerita lama, tapi kenangan membuatkan kita tersenyum lebar atas kenangan yang mebuatkan inspirasi kemabali semula.
oh malau....hazoma panggil, si pendek sekali. kalau skot ada simpan gamabr ude pendik, boleh la uplodkan ye...entah apa yang dia orang buat sekrg ni.
Kisah malau yang suke sangat rembat henggey baju org lain. Sampaikan bila dia laku, memang budak-budak dah tau la fokus utama dia ronda...hahaha..sory malau, ni cerita benar.
Nanti aku korek rasia yang lain, banyak benda nak cerita kalau nak buat buku pun dah boleh.

Monday, July 20, 2009

Kain Kilat Kasut


Lepas je dapat pakaian isu, pertama sekali kena la cari buddy2 brader untuk mintak tolong ajarkan every thing tentang askar. Lipat baju, layout pakaian dan kilat kasut. Siap la...bukan kilat kasud sendiri je...brader punya nak kena kilat gak.
Nak di jadikan cerita kali ni. 1st time kilat kasut, mane nak tau skill2 yang mudah dan cepat kilat. Siapa yg dulu PKBM, KRS dan ape2 je yg kena mengena dgn badan2 kilat kasud ni.Comfm pakar bab2 kilat2 kasut ni. Siapa anak askar lagi la pro...mana x tumpah nya kuah kalau tak ke nasik.
Mula masuk AFATS mane ada bawak set nak kilat kasut ni, macam kain, berus gigi dan lilin. Budak BOY kan, x payah nak cerita semua masalah ni. 1 minit je dah boleh cari semua tu. Kain yang paling populer mase tu ialah singlet pagoda.
Memang masak la sape yang gantung singlet kat luar tu...bile ye brader palong me war-warkan yang kain baju pagoda lebih baik dari kain kuning. Budak-budk platon 2 ni ape lagi, pergi belakang bgunan, stanby kat ampain. Line clear je...kebas je la....
Ade story yang best kali ni, bab kain gak...si pak lee ni best2 je pinjam kain kilat kasud org, mamat albert guna. Mane dia dapat tak siapa yang tau. Habis satu kasut sambung kasut lain pulak, pastu dok sembang2 lawan kasut sape paling kilat.
Masa dah berlalu, dah nak kul 1800 ni. Biase la bila waktu makan, tak payah nak suruh2., semua dah tau waktu mkn. pak lee gi luar cari singlet dia, nak pakai longslep kan...kena la smart2 bro. Nah ko...hilang pulak singlet dia. Dia relex je...habis balik mkn dia ni org yg rajin kilat kasud. Ape lagi, nak tunggu magrb tu, dia g la amik kain pagoda td.
Sambil kilat kasud, dia belek2 la kain tu. Alamak dah kantol ni...
kalau nak tau sape punye keje. tanya buddy dia mase kat platon.
Haizat tau kot. tp sayang haizat dah benti sek. entah kat mane dia sekrg ni kan...
Sama-sama kita mendoakan semoga skot2 yg dah benti dah lari tu berjaya dlm kehidupan.Amin...

Wednesday, July 1, 2009

Buah Pelam Belakang Kelas

Muda-muda lagi dah kena kebas, belum tunggu masak lagi buah pelam belakang kelas ni. Habis kena sesah dengan budak BOY. Keadaan seerti ini memang lumrah bagi budak BOY. Aku rasa bukan intake ini je, yang brader-brader pun sama dua kali lima. Mana tak jatuhnya kuah kalau tak ke nasik Cookhouse. Kali ni banyak cerita menarik tentang pokok pelam ni. Bukan sahaja kepentingan untuk buahnya sahaja. Ia berguna untuk menghukum budak0budak yang agak nakal sedikit je....nak-nak si poan blank. Familear la dengan aktiviti memanjat pokok ini. Budak baik staf sayang lebih sikit. Selalunya bila habis kelas petang atau hujung minggu, projek mencantas buah bermula dengan balingan pertama yang megenai sasarannya.

Seronok bila terkenag pokok pelam belakang kelas ni, banyak jasa pokok ni ye. Mungkin ia still memberkan khidmatnya sampai sekarang ini, walaupun senior-seniornya sudah tiada. Lumrah alam, berjasa dengan tanah ini hasilnya. Terima kasih la kepada senior-senior yang menanam pokok pelam ni. Nanti bila pergi ke Si Rusa boleh merasa pelam ini lagi. Kalau ada lagi sampai sekarang. WaSALAM

Sunday, June 28, 2009

Kayu aku mana!!!


Ha...mari...mari...mari, kali ni nak jual alat-alat mencuci rumah pulak. Bukan tu je bang, ia serba boleh tu, yang bestnya kali ni, alat ini serbaguna. Bukan untuk kerja-kerja dirumah sahaja, malahan nak dijadikan ceritanya, budak BOY punya kerja habis pusing keliling kem mencari kayu, macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Nak cari kayu, Nak cari kayu, Nak cari kayu. Marah betol makcik kantin, pakcik CookHouse dan unty clearner. Mana tak nya, ni semua Zalman punya hal, dia suruh Rock cari kayu penyapu, kayu mop dan kayu apa-apa sahaja. Dia kata janji kayu. Si rock ni ye ye la gi cari. Nah kau, rollcall je dah ada lebih sepuluh.

Eh eh...macam kenal je kayu ni, tau-tau je si Albert bahtiar ni, apa lagi hangin bangat dengan rock ni, ni kayu mop lantai aku ni. "tuk"......aaadduuuss...sakitnya. Keje sape lagi. PTI zalman punya kerja la..nah kau, dah kena ketuk kepala. Bukan app/sjn ni sorang yang menjamah kayu persaka ni, semua merasa. Dalam banyak-banyak kayu yang diperolehi dalam simpanan rock ni, ada pulak kayu hutan yang besar bagak. Mak oi rock, ni kena kepala boco rock, apasala ko tak sorokan kayu ni. Kalau tak silap aku orang yang pertaman makan kayu ni si habib la.

Patah sahaja, cepat-cepat diganti baru. sampaila habis semua kayu yang ada. Esok sekmen yang macam biase juga. Sampai bila la nak habiskan. Terselah la...kita jadi orang juga akhirnya. Kerana kayu kita dewasa, kita berdikari dan kita berdisiplin. Kita pandai menghormat orang. Semuanya kita bermula dengan satu. Sama-sama kita, susah juga kita.

Insyallah....ada lagi story yang menarik muncul selepas ini. Kes malam beragam, malam pesta dan malam ular. Semuanya menjadikan kita bersatu dan berkerjasama.

Friday, June 26, 2009

Mengimbau Sejarah 40 tahun Sekolah Perantis Tentera




Majalah Perajurit, Julai 2009

Bagi remaja untuk menyarung uniform tentera ketika berusia 16 tahun dan masih di zaman persekolahan adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh semua bekas perantis putera yang mendapat didikan di Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT).

Bagi perantis yang baru didedahkan dengan persekitaran dunia tentera yang asing apatah lagi pada usia muda merupakan satu kejutan budaya apatah lagi dengan persekitaran yang dogmatik dengan disiplin yang ketat merupakan satu cabaran baru kehidupan.

Sebagai pelajar yang perlu meningkatkan keupayaan akademik dan pada masa yang sama terperesok di kawasan yang berpagar dan dikondisikan dengan persekitaran dan kurikulum tentera, hidup sebagai perantis tentera adalah satu pengalaman yang berbaur antara suka dan duka, pahit dan manis yang perlu ditempuh dengan tabah.

Latihan ketenteraan selama dua minggu pertama di sekolah adalah bagi mendispilinkan diri dengan pelajaran kawad yang dikendalikan oleh jurulatih tentera yang bersikap tegas dan cara mereka melatih perantis putera adalah sama sebagaimana institusi ketenteraan lain melaksanakan latihan kepada anggota tentera biasa tanpa double standard.

Sebagaimana anggota tentera biasa menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut ataupun pegawai kadet begitulah layanan yang diberikan kepada perantis putera, pendek kata jerkah dan herdik jurulatih tentera adalah asam dan garam yang mula dipelajari perantis tentera sebaik diterima sebagai perantis tentera yang mereka perlu membiasakan diri dengannya.

Itulah mukadimah kepada dunia tentera yang sinonim dengan disiplin dan menghormati masa dan setiap gerak kerja dan susun jadual pengajian disusun begitu ketat agar perantis membiasakan diri dengan prioriti dalam dunia tentera yang akhirnya mereka akan ceburi setelah meningalkan sekolah itu nanti.


Sekolah yang juga dikenali sebagai Armed Forces Apprentice Trade School (AFATS) yang tertubuh pada 1 April 1968 adalah cetusan minda Allahyarham Tun Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu.

Kini setelah lebih 40 tahun berlalu lepasan sekolah yang telah mengalami perubahan daripada segi struktur dan wawasan sekolah telah menyaksikan pelbagai perkembangan dan natijah yang dilahirkan oleh sekolah berkenaan.

Semasa sekolah perantis mula dibuka, ia adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda belasan tahun untuk menjalani latihan akademik, teknikal dan ketenteraan bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan teknikal Angkatan Tentera Malaysia.

Tawaran diberikan untuk belajar di SPPAT diberikan melalui surat edaran ke seluruh sekolah di Malaysia bagi mereka yang baru sahaja mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) pada masa itu yang baru memasuki Tingakatan 4.

Calon akan dipanggil untuk ditemuduga di lokasi sekolah iaitu di Kem SiRusa Port Dickson bagi menjalani ujian akademik, fizikal dan pemeriksaan kesihatan dan hanya calon-calon yang berjaya yang akan dipanggil untuk meneruskan pelajaran di SPPAT.

Mereka yang lulus diterima masuk ke SPPAT untuk menjalani kursus pengajian selama 3 tahun yang menekankan pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun pertama kerana pada masa itu bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah itu adalah Bahasa Inggeris.

Lokasi asal semasa penubuhan SPPAT adalah bersebelahan dengan Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) di Kem SiRusa Port Dickson dan pentadbirannya adalah di bawah kelolaan Sekolah JLJ.

Pengambilan pertama terdiri daripada 60 orang perantis pada tahun 1968 dan mereka berjaya menamatkan kursus selama 3 tahun pada 3 April 1971 dan latihan selama 3 tahun berlangsung sehingga perantis pengambilan ke-10 sahaja.

Mulai pengambilan ke -11 perantis hanya mengikuti kursus selama 2 tahun sahaja namun kurikulum yang dilaksanakan adalah seperti apa yang dilaksanakan untuk perantis yang mengambil Kursus selama 3 tahun.

Pada awal tahun 1982 sekolah telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10 Port Dickson kerana jumlah pengambilan perantis telah ditambah dan bagi menampung pertambahan bilangan peserta kursus, satu lokasi baru diperlukan untuk memenuhi tujuan berkenaan.

Pada tahun 1987 pihak TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil anggota SPPAT sebagai juruteknik kerana kedua-dua perkhidmatan telah menubuhkan institut teknikal mereka sendiri.

Justeru itu pada 12 Ogos 1988 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) dan melatih perantis untuk Tentera Darat sahaja khususnya Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

Pada tahun 1994, SPPTD telah berpindah ke tempat asalnya di Kem SiRusa dan berada di bawah pentdbiran dan pengurusan Institut Kejuruteraan Tetera Darat (IJED).

Bermula tahun 1968 sehingga 1997 anggota perantis telah mengambil peperiksaan Malaysian Certificte of Eductaion dan kemudiannya Sijil Pelajaran Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1978 hingga tahun 1981 atas keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Ketua Turus Angkatan Tentera, ia telah tidak membenarkan anggota perantis menduduki peperiksaan SPM.

Namun ramai perantis yang dengan inisiatif sendiri telah mengambil peperiksaan SPM secara persendirian dan pada tahun 1982 anggota perantis telah dibenarkan semula untuk menduduki peperiksaan SPM.

Sehingga tahun 1992 latihan sepenuhnya bagi pelajar SPPTD adalah dibahagikan kepada Peringkat Pertama (20 bulan) – Perantis dilengkapkan dengan persediaan SPM/SPMV dan Peringkat Kedua (4 bulan) – Perantis dilatih dalam bidang ketenteraan asas merangkumi silibus rekrut.

Mulai tahun 1992 latihan bagi perantis SPPTD telah dilaksanakan secara integrasi iaitu perantis perlu menduduki peperisksaan SPM dan pada masa yang sama, perantis juga mengikuti kurikulum latihan ketukangan JLJ dalam dalam tred Auromotif, Elektronik dan Mekanikal.

Perantis yang menamatkan sesi akdemik dan ketenteraan akan memilik kelulusan sijil SPM, keterampilan dalam Sijil Kemahiran Tentera Malaysia setaraf dengan tred dalam Kor JLJD danmenjaditentera yang terlatih.

Bermula pertengahan 2003, IJED telah mengadakan program Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan hanya perantis yang mendapat sekurang-kurang 5 kredit dalam SPM yang layak mengikuti program tersebut.

Di samping itu para perantis juga berpeluang untuk megikuti Kursus Kejuruteraan Avionik dan Kejuruteraan Aeronautikal di Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan seteusnya berkhidmat sebagai juruteknik pesawat.

Pada 14 Julai 2001, MenteriPertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan SPPTD dan MTD sebagai salah sebuah Sekolah Bestari di bawah Kementerian Pertahanan sebagai pelengkap kepada aplikasi perdana Sekolah Bestari di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep yang dilaksanakan adalah mirip kepada Sekolah Bestari Perdana kecuali ia lebih condong dan memberi tumpuan kepada subjek teknikal serta sains dan teknologi dan ia merupakan projek yang dilaksanakan dengan kerjasama British Aerospace Engineering (BAE) dari United Kingdom.

Bermula pada 2009,SPPTD telah mengaplikasikan program pembelajaran Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) dan SPPTD telah menjadi sekolah peneraju dalam mengaplikasikan MPAV sepenuhnya.

Produk terbaru terserlah dengan satu perbarisan sempena tamat latihan perantis siri 40/2007 telah berlangsung di Institut Kejuruteraan Tentera Darat Kem Kampung Sawah Port Dickson pada 18 April 2009 sebagai menandakan usia SPPTD yang kini melebihi 40 tahun.

Panglima Logistik Tentera Darat,Mejar Jeneral Dato’ IR Mohd Salim bin Ali telah mengambil tabik hormat dan memriksa perbiarisan yang terdiri 250 perantis dan menyampaikan amanatnya agar mereka meneruskan usaha untuk meningkatkan ketrampilan mereka di dalam perkhidmatan tentera.

Dalam upacara tersebut Apprentis Sarjan Kanan Mohd Hud bin Mohd Yusuf telah dipilih sebagai Perantis Keseluruhan Terbaik untuk perantis siri 40/2007, manakala Apprentis Ambren bin Padil dipilih sebabagi Perantis Akademik terbaik dan Apprentis Mohamad Amirul bin Ikhsan dipilih sebagai Perantis Ketukangan Terbaik.

Dalam bidang latihan ketenteraan Apprentis Sarjan Mohamad Radzi bin Masuhudi terlipih sebagai Perantis Kawad Terbaik, Apprentis Sarjan Hamzah bin Mohamad terpilih sebagai Perantis Penembak Terbaik manakala Perantis Kecerdasan Jasmani Terbaik jatuh kepada Apprentis Mohd Safuan bin Muhammad Nayan.

Setelah 40 tahun berlalu, perantis yang pada mulanya dilahirkan oleh SPPAT dan kemudiannya SPPTD telah menunjukkan ketrampilan masing-masing dan generasi awal perantis telah mencapai peringkat hingga ke pangkat jeneral di dalam Tentera Darat dan Tentera Laut.

Ramai yang telah menamatkan perkhdimatan di dalam tentera dan sebahagian besar terlibat di dalam bidang perniagaan dan masing-masing berbangga kerana menjadi bekas perantis yang pernah dididik oleh tentera.

Kini bekas perantis mempunyai persatuannya sendiri yang dikenali dengan nama Persatuan Bekas Perantis Putera SPOPAT/SPPTD yang diketuai oleh Dato Hj Kamarudin Janis sebagai presidennya dan di bantu oleh Kol Hj Radzi Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.

Menurut Mej Zulkifli Malek (Bersara) yang merupakan setiausaha persatuan, tujuan penubuhan persatuan adalah untuk menyatukan bekas perantis baik yang telah bersara atau masih berkhidmat dengan tentera bagi mengeratkan silaturrahim di antara bekas perantis di seluruh negara.

“AFATS adalah wadah untuk mentarbiyah,melahirkan sahsiyah yang jitu dan ia adalah batu loncatan untuk kejayaan perantis meneroka masa depan mereka,’ kata Mejar Zulkifli.

Pengalaman selama 3 tahun yang digarap di intitusi tentera pada ketika usia remaja cukup bermakna dan suntikan semangat juang di sekolah yang mengadunkan pendidikan akademik dan ketenteraan yang merangkumi fizikal dan sipirtual adalah persiapan yang cukup untuk menghadapi dunia tentera.

Bagi bekas juruterbang jet pejuang F5E TUDM Mokhyiddin Abu Bakar perantis panggilan ke-2 yang berpangkat Lt Kol TUDM semasa berhijrah menjadi juruterbang MAS di Miri, pengalaman dan pendidikan yang diterima di SPPAT adalah amat berkesan untuk melahirkan sahsiyah yang versatil.

Capt Mokhyiddin yang kini menjadi jurulatih penerbangan di sebuah sekolah penerbangan awam di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa diKota Bharu tetap menyanjung SPPAT yang telah melahirkan insan yang berguna kepada diri dan negara.
Hj Sahaludin Osman bekas pegawai TLDM daripada perantis panggilan pertama 1969 yang kini menjalankan perniagaan di Pan Pacific KLIA menyatakan kebangaannya menjaid bekas perantis SPPAT yang kini berusia lebih 40 tahun sebagai premis pertama untuk mengharungi kehidupan dalam tentera.

SPPAT dan kemudiannya SPPTD telah melakarkan sejarah dalam bidang sukan ragbi baik di peringkat daerah Port Dickosn mahupun di peringkat Angkatan Tentera dan ini diakui oleh bekas jurulatih ragbi JLJ Dato Hj Kamaludin Saidon.

Perantis bukan sahaja menunjukkan keterampilan mereka di dalam bilik darjah dan medan latihan ketenteraan tetapi juga dibidang sukan dan ia terus menjadi trade mark SPPAT/SPPTD sehingga hari ini.

Setelah 40 tahun berlalu, dengan pencapaian dan jumlah produk perantis yang dilahirkan baik yang masih berkhidmat dengan tentera atau yang sedang menjalani kehidupan awam, tentera seharusnya akur dan mengakui bahawa hasil didik mereka sebenarnya telah berjaya membina manusia yang bergelar insan.

Sama ada bekas perantis itu memakai uniform atau berpakain awam, mereka adalah testimoni unggul sistem yang pernah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abd Razak pada 1968, dan legasi ini perlu dipertahankan.


Dari Tulisan Senior Kita:
Ramli Abdul Rahim
Formerly the RMAF Press Liaison Officer in MINDEF. He owns a company and runs communication consultancy. E-mail: sebatangkarah@gmail.com

at Link:
http://rarwrites.blogspot.com

Thursday, June 18, 2009

Magnolia

SUSU...SUSU...SUSU...bukan baby atau budak kecil je yang minum susu. Budak boy pun ada susu sendiri la. Susu yang berkhasiat menjadikan kita kuat dan sihat. Kalau tak, tak de la atlit rugby keluaran 53 yang handal dan hebat. Trade yang wajib minum susu tiap-tiap hari ialah welder dan ABM. Bisa la dengan beban amali yang kena ikut tiap-tiap hari, ada sampai malam pun jalan. Bila cerita tentang produk istimewa ini, mesti ada yang tersenyum sendiri sambil terfikir sejenak kembali kenangan lampau. Biakan cerita citra ini kita kongsi bila kita ada buat gathering nanti. Rasa tak puas bila tak dapat cerita dari kalian yang lain. Kita kongsi bersama nanti ye.

Thursday, June 11, 2009

Principal


Salam semua...masih kenal ini.......dia yang menjaga kita......siap dia?

Wednesday, June 10, 2009

Yang Mana Satu


Teringat kembali bila lihat gambar ini, seronok bila terimbau kenangan diwaktu ini. Muda-muda lagi kena layak, kena 'rembah nya-ya' oh ye...ni ayat jijun dan macam-macam lagi la. Semua belakon la buat habis baik, padahal dah nak separuh mati bila dgr kena traning remuh halangan. Standet la sape yang pandai,dapat la lepaskan diri, tp dapat tau kat PTI Zalman. Mati la ko.....sampai kering air liur app/sjn nak menjawab.
Kali ni best sikit, nak cerita tentang halangan ini. Maca traning kena la yang mantop, sampai ada yang amik link 3 tu....coz nak cepatkan, nak tunggu skot lepas halangan 2....sampai kapan mau lepas bro. Nak panjat link 1, ha....ko try la...mahmudah ada kat tepi tu...
'nah,amik ko...' biase la...kena ketuk helmet nato ko dgn kalu brodty.
Monky rax lagi best, ha alah...biase la...kita org kecik lagi. Mana la tau benda ni semua....x lepas bawah, korang naik atas, x lepas atas ko masuk kolam. Nasib la x de gamabr. Nanti kawan try cari ok. Yang kat tali swing pun best juga.........
Sory la pada kawan yang terlepas peluang utk sekmen ini, nanti post story lain. Nak cerita tragedi di kuku kambing. Tapi takut salah dan menyalahkan pihak lain. Faham-faham je ye...

Monday, June 1, 2009

Merah Kita Bersatu



Sewaktu bangku persekolah ibu la yang selalu menyiapkan pakai minum dan segalanya untuk kita. Mula langkah mu di alam ini, segalanya berakhir, mula la perjalanan hidup baru dengan kawan-kawan baru. Semuanya baru, pakaian baju melayu berwarna merah melambangkan sehati sejiwa kita selamanya. Waktu itu masjid la tempat bermusyawarah dan berilmu dalam agama bersama-sama. Susah senang baju merah menjadi sejarah. Berbaris betiga-tiga menuju masjid meguatkan ikatan ukhuwah kita selamanya. Sahabat datang dan pergi, tetapi kenangan ini tetap memberikan seribu erti kami saudara muslim. Baju melayu melambangkan kita datang dari 1 agama yang sama. Songkok dikepala menambahkan kekuatan sesama muslim. Solat menghambarkan diri padaNYA...

Saturday, May 23, 2009

Ladang Tembikai



Memang dah sah dah...kalau buat aktiviti compas maching ni tak ada tempat yang point dituju adalah ladang tembikai sunggala. Memang laluan yg penting untuk boy rembat tembikai, tp kami mintak izin kat mat2 indon tu dulu, mane x mau bagi, gile ko. askar pegang senapang mintak buah, mesti la mat indon tu main bagi je..... yang best gile siap tapau lagi utk JL. bodek nampak...ada gak yang siap perah masuk dlm water bottle lagi tu....macam2 ragam ko boy.

Friday, May 15, 2009

Rugby AFATS


AFATS RUGBY 2001-2003
Turun Training Boy
Macam biasa la rutin harian yang dilakukan oleh budak boy bila petang. Sebelum turun main rugby, kena la solat asar dulu. Persiapan yang azali dilakukan, dah tau dah nak buat apa, tu yang bestnya AFATS ni. Tak payah nak cakap dah, dah tau masing-masing nak buat apa. Yang lain macam biasa la, persiapan fizikal. Lari pusing padang dulu sebelum masuk padang rugby. Tapi kami tak pernah megular, sebab seronok dapat berlari bersama-sama dalam satu kumpulan.
Banyak pegalaman manis, suka duka dalam satu team. Hebat di gelangang baik seluar gelanggang. Itu la yang penting, biasa la tu...kerja dlm satu kumpulan. Tidak banyak yang dapat nak disentuh dalam team ni. Mungkin ada yang boleh sambung cerita rugby ini.
maaf tak dapat nak sebut semua, ramai sgt..tp siapa yang pandang mesti kenal satu sama yang lain.

Wednesday, May 6, 2009

Mengimbau Sejarah AFATS 40 tahun


Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT) atau di dalam bahasa Inggerisnya Armed Forces Apprentice Trade School (AFATS) yang tertubuh pada 1 April 1968 adalah cetusan minda Allahyarham Tun Abdul Razak Menteri Pertahanan Malaysia.Ia adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda muda belasan tahun untuk menjalani latihan akademik, teknikal dan ketenteraan bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan teknikal Angkatan Tentera Malaysia.
By:
Ramli Abdul Rahim

Monday, May 4, 2009

Usah Putus Asa



Ketahuilah olehmu sahabatku...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.


Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...Allah SWT selalu berada disampingmu.


Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ... Allah SWT punya jawapannya.


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...Allah SWT dapat menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,Allah SWT telah memberkatimu.


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,Allah SWT telah tersenyum kepadamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.


Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU

Friday, May 1, 2009



02 mei 2003


Bermula dengan Basmala diakhir dengan alhamdu....syukur kepada skot yang sudi membantu untuk melakarkan pelbagai sumber ilham yang menarik dan boleh diketengahkan. Tinggal 9hari lagi, dan hari ni hadir lagi satu kejadian yang seronok bila kita kenang kembali, biasalah makanan ketenteraan, showprader dan chenprade. Pagi-pagi berginilah semua sibuk membasuh dan menyiapkan pakaian untuk latihan kawad. Apetah lagi prade comander...lagi la sibuk. Dalam kesibukan kita ini ada yang sempat melakarkan sesuatu, Terima kasih kepada skot chin-peng yang ada masa dan waktu untuk menghasilkan tab yang menarik...InsyalLah boleh kita simpan, myb satu masa nanti kita boleh buat stiker.tq skot



01 mei 2003
Kepada skot yang still membaca blog ini dan menanti kelahiran post yang terbaru, maaf dipintar diatas sebarang kelewatan ia. Kebanyakan sumber yang saya terima adalah dari kawan-kawan juga. Memang sukar untuk melakarkan sesuatu yang baru didalam blog kita ini. Kalau dikenang kembali pada tarikh ini, memang banyak asam garam yang nak saya ceritakan. Lain orang lain ragam, lain waktu lain ceritanya. Hari ini kita cuti, hari ni kita dah berada di kg sawah, hari ini kita menanti untuk tamat latihan perantis putera intake 34. Hari ni juga kita sibuk dengan pelbagai persiapan masing-masing. Tidak di sangka kan, hari ini dah masuk bulan May, tinggal 10 hari lagi kita akan berdiri tegak memagang senjata dan diperhatikan oleh ibu dan ayah kita. Ada cerita yang menarik disebalik hari ini, baru je saya teringat. Yang buruk tak payah cerita ye. Korang mesti tau apa yang terjadi hari ni. Kita cerita yang menarik dan yang sedap didengar je ye. Mesti kita igatkan pada marina, bukan nama awek yang kat batu 4 tu la skot. Hotel marina, mesti terkenang kembali, ni la jasa kita pada mak dan ayah kita, selama 18thn kita hidup. Pada yang ibu bapa datang sendiri dan tidak tinggal di situ, sememangnya tidak merasainya. Kita memang tak pernah rasa, tapi mesti ibu dan bapa kita yang merasai bahawa berapa bangganya dengan anak beliau, yang dapat menyedikan tempat tinggal yang istimewa untuk ibu bapa nya. Hanya setakat ini je yang mampu saya ceritakan, kita akan bersambung dengan cerita yang lain pada next story ok.Wassalam..

Sunday, March 1, 2009

Terbang Buddy


Sebelum menjalani latihan ini, kami telah diasuh dengan cara-cara dan teknik penggunaanya.
Apa yang kami dapat tahu, ia adalah rumit dan sukar bagi permulaannya menjalani latihan ini.
Macam biase la kan boy, PT dulu sebelum naik menara kejayaan ini....
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan di 8th RENJER.
Teringat kat kolam dan Surviver Camp.
Tidak lupa juga pada malam kebudayaan Negeri masing-masing.
Ia cukup menghiburkan kami, walaupun ape yang LJ suruh buat tu rasanya macam pelik je, sebab ia melibatkan kaum, adat dan negeri.
Kita fun, dah akhirnya semua BOY dapat merasa terbang menggunakan tali.
Banyak lagi cerita yang menarik pada hari tersebut, tapi tidak perlulah untuk kita ceritakan, sebab ia akan terasa pada mereka yang megenang kembali pada kejadian itu sunggu tidak diigini berlaku.

Sunday, January 25, 2009

PENGORBANAN MENGENAL ERTI PERSAHABATAN



Kepada sahabat seperjuangan,
Semalam kita bertemu,
Hari ini berpisah lagi..
Teruskan langkah di dalam kehidupan mu seharian,
Mungkin ada yang sudah merasai pahit getir membina sebuah kehidupan,
Mungkin juga sudah ada yang semakin matang di dalam menilai sebuah perjalanan,

Sabar ya sahabat...
Kengkadang kita diuji,
Kita 'tua' sebelum umur sebenar,
Kita 'sakit' walaupun sihat,
Kita 'miskin' walaupun kaya,
Kita 'sedih' dalam gembira,

Kita diuji dengan anak-anak,
Kita diuji dengan rakan-rakan,
Kita diuji dengan keadaan..

Begitulah,Hidup ini bukankah satu perjuangan?,
Masa telah pun berlalu lagi...


Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami,ukhwah fillah,
Bermusuh kami,na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..


Lawati Group exAFATS intake 34 di:


Harap Sahabat dapat memberi sumbangan dan support sepenuhnya...

والله اعلم بي شوب

Sunday, January 11, 2009

Pemilihan Kemasukan AFATS intake 42

Zon Sabah&Sarawak (0830)
28 Jan 2009-Kota Kinabalu(DewanMasyarakat)
2 Feb 2009-Kuching(SMK Wira Penrissen)

Zon Utara (0830)
5 Feb 2009-Kamunting(SMK Bukit Jana)
6 Feb 2009-Ipoh(SMK Jalan Tasek)
9 Feb 2009-Baling(SM Model Khas Baling)
10 Feb 2009-Kangar(SMK Syed Hassan)
11 Feb 2009-Bayan Lepas(SMK Sungai Ara)
12 Feb 2009-Pendang (SM Model KhasBukit Jenun)

Zon Pantai Timur
5 Feb 2009-Kuantan(SMK Mat Kilau)
6 Feb 2009-Temerloh(SMK Seri Tulang)
9 Feb 2009-Dungun(SM Teknik Dungun)
10 Feb 2009-Kuala Terengganu(SM TeknikWakaf Tembisu)
11 Feb 2009-Kuala Krai(SMK Pahi)
12 Feb 2009-Gua Musang(SMK TengkuIndera Petra 2)

Zon Selatan(0830)
5 Feb 2009-Batu Pahat(SM Teknik BatuPahat)
6 Feb 2009-Segamat(SMK Dato BentaraDalam)
9 Feb 2009-Alor Gajah(SMK Naning)
10 Feb 2009-Seremban(SMK Mambau)
11 Feb 2009-Kuala Lumpur(SMK TinggiSetapak)
12 Feb 2009-Selagor(SMK Cheras Perdana)

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

Assalamulaikom Braders kelian. Adalah dimaklumkan bahawa hasil daripada 'Corperate brainstorming' pada 17 Apr 2010, beberapa ketetapan dan hala tuju koperasi telah digariskan. Beberapa peluang peniagaan telah dikenal pasti. ALK akan bersidang dan menyenarai pendekkan peluang-peluang tersebut. Oleh yang demikian bagi braders usahawan yang ingin bersama koperasi menjayakan usaha-usaha ini harap dapat memajukan profile syarikat masinh-masing untuk dibuat pertimbangan dan penyelarasan oleh ALK.Sila sertakan bersama pengalaman dan jumlah pekerja yang dimiliki syarikat. Diantara bidang peluang yang disenaraikan.



1. Francais

2. Keselamatan

3. Restoran/Kantin/ Gerai

4. Contractor kelas F

5. Ternakan benih anak ikan

6. Catering/Canopy

7. Travel agent



Sila majukan profile kepejabat Koperasi Unit 68-3 Blok H Paltinum WalkNo 2 Jalan Langkawi Danau Kota53300 KUALA LUMPUR



Jika ada masalah

Hubungi pihak

Pengurusan 019-2742838 dan 03-41421088

Harap maklum

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

Ekoran daripada program pembangunan dan pemodenan pesat yang dialami oleh ATM di sekitar tahun 60-an, keperluan untuk mempunyai tenaga teknikal yang mahir bagi menyenggarakan peralatan dan kelengkapan moden juga semakin meningkat. ATM sedar tentang perlunya mewujudkan suatu program pembangunan sumber manusia yang rapi agar boleh melahirkan tenaga mahir dengan cara yang lebih berkesan dan menjimatkan. Sehubungan dengan itu, Kor JLJ pada awal tahun 1967 telah mencadangkan supaya sebuah Sekolah Latihan Pertukangan Perantis ditubuhkan. Pada 1 April 1968, Kementerian Pertahanan dengan kuasa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah bersetuju untuk menubuhkan Sekolah Pertukangan Perantis bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan anggota tentera yang terlatih dalam bidang teknikal dan akademik yang akan ditugaskan di Cawangan Teknikal TD, TLDM dan TUDM. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT). Memandangkan keperluan latihan dan peralatan SPPAT lebih mirip dengan Kor JLJ, Kementerian Pertahanan juga telah menetapkan agar sekolah ini didirikan di lokasi Sekolah JLJ di Kem SiRusa, Port Dickson. Untuk tujuan pentadbiran, SPPAT dijadikan sebahagian dari organisasi Sekolah JLJ (atas nama Cawangan Putera Perantis dan Latihan Rejimen). SPPAT telah dirasmikan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 Nov 1968. Jumlah pengambilan pertama perantis SPPAT ialah seramai 60 orang dan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 Apr 1971.

Kursus selama 3 tahun ini bagaimanapun hanya diadakan sehingga pengambilan ke-10 sahaja. Mulai pengambilan ke-11 pada bulan April 1978, tempoh latihan telah dipendekan kepada 2 tahun sahaja dan perantis tidak diperlukan mengambil peperiksaan Sijil Pelajarna Malaysia (SPM) seperti sebelumnya. Mereka dikenali sebagai Perantis Kategori A. Sistem ini diteruskan sehingga pengambilan ke 14 pada tahun 1981. Pada tahun 1981, pengambilan pertama perantis putera untuk menjalani latihan selama satu tahun. Mereka dikenali sebagai perantis Kategori B. Walau bagaimanapun pengambilan hanya dibuat dua kali sahaja, iaitu sehingga tahun 1982. Selepas itu, latihan perantis SPPAT telah diubah lagi dan penuntut dibenarkan belajar untuk menduduki peperiksaan SPM semula. Latihan ini dilaksanakan bagi pengambilan ke-15 hingga ke-21. Pada awal tahun 1982, SPPAT telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Jalan Port Dickson-Pasir Panjang. Pengambilan Perantis Putera untuk ketiga-tiga perkhidmatan ini diteruskan sehingga tahun 1986. Pada tahun 1987, TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil perantis dari sekolah ini kerana kedua-dua perkhidmatan ini telah menubuhkan Institut Teknikal mereka sendiri. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan telah mengkaji semula kedudukan SPPAT dan akhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima yang ke-250 telah membuat keputusan SPPAT ditukar menjadi Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD). Pada 12 Ogos 1988, sekolah ini dengan rasminya dikenali dengan nama SPPTD dan hanya melatih perantis untuk pasukan teknikal bagi TD amnya dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera khasnya.

LOKASI

Pada bulan Ogos 1992, SPPTD telah dipindahkan semula ke lokasi asalnya iaitu berdekatan dengan Instiut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), nama asalnya Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (SJLJ) di Kem Si Rusa. Ia terletak lebih kurang 500 meter dari simpang jalan besar kilometer 6 (Batu 4) Port Dickson ke Teluk Kemang. Pada tahun ini juga, latihan akademik bagi SPPTD telah dilaksanakan melalui dua kaedah. Sebahagian dari perantis pengambilan ke-25 telah mengambil skim pelajaran SPM dan sebahagian lagi mengambil skim pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Bermula pada tahun 1994, skim SPM telah dimansuhkan sepenuhnya di SPPTD dan semua perantis hanya mengambil peperiksaan SPMV sama ada dalam bidang Automotif, Fabrikasi Logam atau Pengamalan Mesin. Sehingga kini, SPPTD telah melahirkan seramai 1931 orang tenaga mahir dalam pelbagai bidang ketukangan bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

PIAGAM SPPTD

Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) ditubuhkan di bawah Kuasa Majlis Angkatan Tentera dengan tujuan memberi peluang kepada pemuda-pemuda Malaysia menjalani kursus selama 2 tahun dalam latihan ketenteraan, teknikal dan akademik supaya mereka layak berkhidmat dalam perkhidmatan teknikal Tentera Darat.

MOTTO

“BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT” Motto ini membawa tujuan mewujudkan bakal tentera yang terampil di bidang akademik, ketenteraan, teknikal dan sedia berkhidmat di dalam pasukan teknikal Tentera Darat.