Saturday, May 23, 2009

Ladang Tembikai



Memang dah sah dah...kalau buat aktiviti compas maching ni tak ada tempat yang point dituju adalah ladang tembikai sunggala. Memang laluan yg penting untuk boy rembat tembikai, tp kami mintak izin kat mat2 indon tu dulu, mane x mau bagi, gile ko. askar pegang senapang mintak buah, mesti la mat indon tu main bagi je..... yang best gile siap tapau lagi utk JL. bodek nampak...ada gak yang siap perah masuk dlm water bottle lagi tu....macam2 ragam ko boy.

Friday, May 15, 2009

Rugby AFATS


AFATS RUGBY 2001-2003
Turun Training Boy
Macam biasa la rutin harian yang dilakukan oleh budak boy bila petang. Sebelum turun main rugby, kena la solat asar dulu. Persiapan yang azali dilakukan, dah tau dah nak buat apa, tu yang bestnya AFATS ni. Tak payah nak cakap dah, dah tau masing-masing nak buat apa. Yang lain macam biasa la, persiapan fizikal. Lari pusing padang dulu sebelum masuk padang rugby. Tapi kami tak pernah megular, sebab seronok dapat berlari bersama-sama dalam satu kumpulan.
Banyak pegalaman manis, suka duka dalam satu team. Hebat di gelangang baik seluar gelanggang. Itu la yang penting, biasa la tu...kerja dlm satu kumpulan. Tidak banyak yang dapat nak disentuh dalam team ni. Mungkin ada yang boleh sambung cerita rugby ini.
maaf tak dapat nak sebut semua, ramai sgt..tp siapa yang pandang mesti kenal satu sama yang lain.

Wednesday, May 6, 2009

Mengimbau Sejarah AFATS 40 tahun


Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT) atau di dalam bahasa Inggerisnya Armed Forces Apprentice Trade School (AFATS) yang tertubuh pada 1 April 1968 adalah cetusan minda Allahyarham Tun Abdul Razak Menteri Pertahanan Malaysia.Ia adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda muda belasan tahun untuk menjalani latihan akademik, teknikal dan ketenteraan bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan teknikal Angkatan Tentera Malaysia.
By:
Ramli Abdul Rahim

Monday, May 4, 2009

Usah Putus Asa



Ketahuilah olehmu sahabatku...


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.


Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...Allah SWT selalu berada disampingmu.


Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ... Allah SWT punya jawapannya.


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...Allah SWT dapat menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,Allah SWT telah memberkatimu.


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,Allah SWT telah tersenyum kepadamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.


Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU

Friday, May 1, 2009



02 mei 2003


Bermula dengan Basmala diakhir dengan alhamdu....syukur kepada skot yang sudi membantu untuk melakarkan pelbagai sumber ilham yang menarik dan boleh diketengahkan. Tinggal 9hari lagi, dan hari ni hadir lagi satu kejadian yang seronok bila kita kenang kembali, biasalah makanan ketenteraan, showprader dan chenprade. Pagi-pagi berginilah semua sibuk membasuh dan menyiapkan pakaian untuk latihan kawad. Apetah lagi prade comander...lagi la sibuk. Dalam kesibukan kita ini ada yang sempat melakarkan sesuatu, Terima kasih kepada skot chin-peng yang ada masa dan waktu untuk menghasilkan tab yang menarik...InsyalLah boleh kita simpan, myb satu masa nanti kita boleh buat stiker.tq skot



01 mei 2003
Kepada skot yang still membaca blog ini dan menanti kelahiran post yang terbaru, maaf dipintar diatas sebarang kelewatan ia. Kebanyakan sumber yang saya terima adalah dari kawan-kawan juga. Memang sukar untuk melakarkan sesuatu yang baru didalam blog kita ini. Kalau dikenang kembali pada tarikh ini, memang banyak asam garam yang nak saya ceritakan. Lain orang lain ragam, lain waktu lain ceritanya. Hari ini kita cuti, hari ni kita dah berada di kg sawah, hari ini kita menanti untuk tamat latihan perantis putera intake 34. Hari ni juga kita sibuk dengan pelbagai persiapan masing-masing. Tidak di sangka kan, hari ini dah masuk bulan May, tinggal 10 hari lagi kita akan berdiri tegak memagang senjata dan diperhatikan oleh ibu dan ayah kita. Ada cerita yang menarik disebalik hari ini, baru je saya teringat. Yang buruk tak payah cerita ye. Korang mesti tau apa yang terjadi hari ni. Kita cerita yang menarik dan yang sedap didengar je ye. Mesti kita igatkan pada marina, bukan nama awek yang kat batu 4 tu la skot. Hotel marina, mesti terkenang kembali, ni la jasa kita pada mak dan ayah kita, selama 18thn kita hidup. Pada yang ibu bapa datang sendiri dan tidak tinggal di situ, sememangnya tidak merasainya. Kita memang tak pernah rasa, tapi mesti ibu dan bapa kita yang merasai bahawa berapa bangganya dengan anak beliau, yang dapat menyedikan tempat tinggal yang istimewa untuk ibu bapa nya. Hanya setakat ini je yang mampu saya ceritakan, kita akan bersambung dengan cerita yang lain pada next story ok.Wassalam..

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

Assalamulaikom Braders kelian. Adalah dimaklumkan bahawa hasil daripada 'Corperate brainstorming' pada 17 Apr 2010, beberapa ketetapan dan hala tuju koperasi telah digariskan. Beberapa peluang peniagaan telah dikenal pasti. ALK akan bersidang dan menyenarai pendekkan peluang-peluang tersebut. Oleh yang demikian bagi braders usahawan yang ingin bersama koperasi menjayakan usaha-usaha ini harap dapat memajukan profile syarikat masinh-masing untuk dibuat pertimbangan dan penyelarasan oleh ALK.Sila sertakan bersama pengalaman dan jumlah pekerja yang dimiliki syarikat. Diantara bidang peluang yang disenaraikan.



1. Francais

2. Keselamatan

3. Restoran/Kantin/ Gerai

4. Contractor kelas F

5. Ternakan benih anak ikan

6. Catering/Canopy

7. Travel agent



Sila majukan profile kepejabat Koperasi Unit 68-3 Blok H Paltinum WalkNo 2 Jalan Langkawi Danau Kota53300 KUALA LUMPUR



Jika ada masalah

Hubungi pihak

Pengurusan 019-2742838 dan 03-41421088

Harap maklum

HIDUP AFATS HIDUP KOPERASI

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

ARMED FORCES APPRENTICES TRADES SCHOOL(AFATS) ,SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TD (SPPTD)

Ekoran daripada program pembangunan dan pemodenan pesat yang dialami oleh ATM di sekitar tahun 60-an, keperluan untuk mempunyai tenaga teknikal yang mahir bagi menyenggarakan peralatan dan kelengkapan moden juga semakin meningkat. ATM sedar tentang perlunya mewujudkan suatu program pembangunan sumber manusia yang rapi agar boleh melahirkan tenaga mahir dengan cara yang lebih berkesan dan menjimatkan. Sehubungan dengan itu, Kor JLJ pada awal tahun 1967 telah mencadangkan supaya sebuah Sekolah Latihan Pertukangan Perantis ditubuhkan. Pada 1 April 1968, Kementerian Pertahanan dengan kuasa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah bersetuju untuk menubuhkan Sekolah Pertukangan Perantis bagi memenuhi keperluan ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan anggota tentera yang terlatih dalam bidang teknikal dan akademik yang akan ditugaskan di Cawangan Teknikal TD, TLDM dan TUDM. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT). Memandangkan keperluan latihan dan peralatan SPPAT lebih mirip dengan Kor JLJ, Kementerian Pertahanan juga telah menetapkan agar sekolah ini didirikan di lokasi Sekolah JLJ di Kem SiRusa, Port Dickson. Untuk tujuan pentadbiran, SPPAT dijadikan sebahagian dari organisasi Sekolah JLJ (atas nama Cawangan Putera Perantis dan Latihan Rejimen). SPPAT telah dirasmikan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin pada 9 Nov 1968. Jumlah pengambilan pertama perantis SPPAT ialah seramai 60 orang dan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun pada 3 Apr 1971.

Kursus selama 3 tahun ini bagaimanapun hanya diadakan sehingga pengambilan ke-10 sahaja. Mulai pengambilan ke-11 pada bulan April 1978, tempoh latihan telah dipendekan kepada 2 tahun sahaja dan perantis tidak diperlukan mengambil peperiksaan Sijil Pelajarna Malaysia (SPM) seperti sebelumnya. Mereka dikenali sebagai Perantis Kategori A. Sistem ini diteruskan sehingga pengambilan ke 14 pada tahun 1981. Pada tahun 1981, pengambilan pertama perantis putera untuk menjalani latihan selama satu tahun. Mereka dikenali sebagai perantis Kategori B. Walau bagaimanapun pengambilan hanya dibuat dua kali sahaja, iaitu sehingga tahun 1982. Selepas itu, latihan perantis SPPAT telah diubah lagi dan penuntut dibenarkan belajar untuk menduduki peperiksaan SPM semula. Latihan ini dilaksanakan bagi pengambilan ke-15 hingga ke-21. Pada awal tahun 1982, SPPAT telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10, Jalan Port Dickson-Pasir Panjang. Pengambilan Perantis Putera untuk ketiga-tiga perkhidmatan ini diteruskan sehingga tahun 1986. Pada tahun 1987, TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil perantis dari sekolah ini kerana kedua-dua perkhidmatan ini telah menubuhkan Institut Teknikal mereka sendiri. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan telah mengkaji semula kedudukan SPPAT dan akhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima yang ke-250 telah membuat keputusan SPPAT ditukar menjadi Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD). Pada 12 Ogos 1988, sekolah ini dengan rasminya dikenali dengan nama SPPTD dan hanya melatih perantis untuk pasukan teknikal bagi TD amnya dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera khasnya.

LOKASI

Pada bulan Ogos 1992, SPPTD telah dipindahkan semula ke lokasi asalnya iaitu berdekatan dengan Instiut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), nama asalnya Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (SJLJ) di Kem Si Rusa. Ia terletak lebih kurang 500 meter dari simpang jalan besar kilometer 6 (Batu 4) Port Dickson ke Teluk Kemang. Pada tahun ini juga, latihan akademik bagi SPPTD telah dilaksanakan melalui dua kaedah. Sebahagian dari perantis pengambilan ke-25 telah mengambil skim pelajaran SPM dan sebahagian lagi mengambil skim pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Bermula pada tahun 1994, skim SPM telah dimansuhkan sepenuhnya di SPPTD dan semua perantis hanya mengambil peperiksaan SPMV sama ada dalam bidang Automotif, Fabrikasi Logam atau Pengamalan Mesin. Sehingga kini, SPPTD telah melahirkan seramai 1931 orang tenaga mahir dalam pelbagai bidang ketukangan bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

PIAGAM SPPTD

Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) ditubuhkan di bawah Kuasa Majlis Angkatan Tentera dengan tujuan memberi peluang kepada pemuda-pemuda Malaysia menjalani kursus selama 2 tahun dalam latihan ketenteraan, teknikal dan akademik supaya mereka layak berkhidmat dalam perkhidmatan teknikal Tentera Darat.

MOTTO

“BELAJAR UNTUK BERKHIDMAT” Motto ini membawa tujuan mewujudkan bakal tentera yang terampil di bidang akademik, ketenteraan, teknikal dan sedia berkhidmat di dalam pasukan teknikal Tentera Darat.